Minggu nie xtau knape asyik sakit kple jew..hanya Dia jela tau cmnew sakitnyew..
sakit2 pun leh lg dok senyum2 wat cm bse jew..tp blew cukup time..arrhhhh!!! sakit sungguh..huhuhuhu..
kalo kat umah nie comfrm dah ngadu2 kat mak dah..huhuhu..sakitnyew kepale nie...
Ya Allah..kau sembuhkan la Hamba mu ini..
nie antare artikel yg ku jumpe..pasal sakit kepale.
artikel 1
Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian. | |
Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya. | |
PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA | |
Ketegangan | |
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini. | |
Pengambilan ubat-ubatan | |
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala. | |
Penyakit Metabolik | |
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala. | |
Kecederaan kepala | |
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan. | |
Inflamasi salur darah di kepala dan otak | |
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid. | |
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium | |
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik. | |
PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA | |
![]() | Berehat seketika dengan berbaring. |
![]() | Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam |
![]() | Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari. |
![]() | Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala. |
![]() | Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika. |
![]() | Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam. |
![]() | Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan. |
artikel 2
kadar wanita mendapat sakit kepala adalah tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Insiden sakit kepala lebih tinggi bagi kumpulan antara 15 hingga 65 tahun, iaitu dalam lingkungan umur produktif bekerja.
Kajian epidemiologi yang dijalankan di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati, insiden migrain berlaku pada kadar 12 hingga 18 peratus daripada jumlah penduduk.
Pun begitu, masalah sakit kepala tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara punca utama cuti sakit di seluruh dunia.
Perunding Neurologi, Dr Lee Moon Keen, berkata sakit kepala boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, tetapi yang paling kerap berlaku ialah vaskular (seperti migrain) dan sakit kepala ketegangan (tension) disebabkan tekanan.
Punca migrain tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan faktor genetik dan fisiologi iaitu berlaku gangguan keseimbangan kimia neuro dalam kepala. Masalah ini juga ada kaitan dengan perubahan hormon akan menjadikan masalah sakit kepala lebih teruk bagi wanita apabila haid dan ketika fasa menopaus.
Bagaimanapun, kata Dr Lee, sakit kepala adalah masalah unik dan kesannya berbeza antara individu kerana ia boleh berlaku secara berkala, sesekali atau berlarutan.
Masalah migrain biasanya diwarisi dalam keluarga. Saintis berpendapat, individu yang mempunyai migrain mengalami gangguan keseimbangan kimia neuro dalam kepala dan keadaan boleh menjadi lebih teruk jika ia disertakan dengan lima faktor rangsangan.
Lima faktor ini ialah:
1. Psikologi — Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti.
2. Pemakanan — Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein.
3. Fizikal — Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca dan mandi air panas.
4. Fisiologi — Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.
5. Optik — Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer atau menonton televisyen.
“Simptom migrain berbeza dengan sakit kepala yang disebabkan tekanan. Sakit kepala jenis ini berlaku dalam kumpulan tertentu saja dan orang yang migrain akan mengalami sakit kepala yang teruk, berdenyut dan biasanya hanya di sebelah kepala. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa jam atau berlanjutan beberapa hari.
“Manakala sakit kepala ketegangan pula berdenyut pada kedua-dua belah kepala selama beberapa minit, jam atau hari. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama yang cepat resah dan naik marah, sukar mengawal emosi, tertekan sama ada disebabkan persekitaran, masalah kerja atau peribadi.
“Personaliti seseorang memainkan fungsi penting menentukan sama ada dia berisiko mendapat sakit kepala atau sebaliknya. Individu yang sentiasa ceria, mudah tersenyum dan berfikiran positif didapati kurang mengalami sakit kepala,” katanya.
Jika anda termasuk dalam kumpulan yang mengalami serangan sakit kepala teruk melebihi dua kali sebulan, Dr Lee menasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kesihatan untuk diberikan rawatan sewajarnya. Anda perlu lebih berhati-hati jika ia disertai gejala lain seperti sakit tengkuk, mata dan telinga, demam atau sakit kepala berpanjangan bagi individu yang jarang sakit kepala.
Simptom lain termasuk gangguan penglihatan seperti kabur, objek dilihat menjadi dua, tidak boleh fokus dan sakit kepala semakin teruk yang boleh menjadi amaran awal kepada masalah kesihatan lain, antaranya ketumbuhan otak, strok, jangkitan kuman dan meningitis.
Kanak-kanak daripada keluarga yang ada migrain juga boleh mendapat serangan yang dipanggil migrain kanak-kanak. Kanak-kanak berumur lima tahun ke atas boleh memberitahu masalah mereka, tetapi bagi yang tidak pandai bercakap, serangan sakit kepala boleh dikesan melalui tangisan berpanjangan, tidak bermaya, muntah atau pengsan jika terlalu teruk.
Bagaimanapun, kata Dr Lee, kes begini jarang berlaku dan jika ada, doktor akan merancang rawatan khas untuk mereka.
Antara rawatan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah migrain termasuk penggunaan ubat tahan sakit (analgesik) atau menghilangkan kesakitan seperti pelbagai jenis ubat triptans.
Untuk mengelakkan serangan sakit kepala, pesakit akan diberikan ubat seperti flunarizine dan pizotifen; manakala valproate, topiramate dan lamotrigine bertindak sebagai bahan penstabil antikonvulsi yang mengelakkan pengecutan otot yang menyebabkan sakit kepala.
Ubat ini perlu diambil mengikut jadual dan mesti dihabiskan walaupun sakit kepala hilang bagi mengelak serangan berulang. Malah, masalah migrain teruk ketika haid juga boleh diatasi dengan syarat pesakit memakan ubat secara teratur.
Dr Lee berkata, bagi kes yang terlalu teruk sehingga tidak dapat dihentikan dengan pengubatan, suntikan Botulinum boleh dipertimbangkan.
Perlu diingat, semua ubat yang disebut di atas hanya boleh diguna dengan arahan doktor.
Pun begitu, tidak semua sakit kepala memerlukan ubat kerana ia boleh dikawal dan dielakkan melalui beberapa perubahan iaitu amalan gaya hidup sihat, kerap bersenam dan menjaga pemakanan.
“Jika mampu bertahan, tidak perlu ambil sebarang ubat. Jalani kehidupan yang kurang tekanan. Paling penting, cari pendekatan yang boleh memberikan ketenangan jiwa dan fikiran, sama ada dengan mendekatkan diri pada agama supaya kita lebih kuat menangani cabaran hidup,” katanya.
so snie jew yg dpt dikongsikan bersame2..smge sye cepat sembuh..